Hari ini hebohla berita tentang pengumuman Menteri Pelajaran tentang pemansuhan kekal PPSMI yang mana akan dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh 3 tahun akan datang iaitu 2012(maybe). Keputusan yang telah di jangka oleh banyak pihak ini telah di sambut baik dan gembira lagi bersyukur oleh pejuang-pejuang PPSMI terutamanya pihak GMP,sasterawan(s) negara, dan juga seluruh rakyat jelata yang berganding bahu memohon pemansuhan ini sejak awal ianya diimplimentasikan iaitu pada tahun 2003.
Namun, apa yang jeleknya berlaku adalah bagaimana media (kononnya) menunjukkan sokongan (pulak!) yang padu dengan menerbitkan artikel-artikel serta kajian-kajian yang menunjukkan betapa PPSMI selama ini langsung tidak memberi sebarang peningkatan terhadap prestasi pelajar-pelajar di Malaysia...Membaca salah sebuah akhbar media utama siang tadi sangat membuatkan aku meluat di mana dipaparkan bahawa peratusan peningkatan prestasi pelajar-pelajar sangat sedikit terutamanya pelajar luar bandar. Tunggula pulak ulasan-ulasan media utama yang akan memberikan lagi statistik-statistik dan juga kajian-kajian tentang kelemahan dasar PPSMI yang selama ini diharamkan penerbitan nye. Gaya lagaknye bagai rakyat ini terlalu bodoh dan dungu untuk baru berkata, " Oh, PPSMI ini x berjaya rupenye" takpun.. "Haa..x bejaye ke? Slame nie bukan main ckp peratus naik.." Gaye yang sangat cliche!
Dah terhantuk baru mengadah.....peruntukkan yang dikatakan sebanyak 4.5 Billion untuk usaha ini hangus begitu saja...budget yang sebanyak itu dikatakan kononnya untuk membantu anak bangsa lebih menguasai bahasa Inggeris itu telah memberikan kerugian dengan pulangan keuntungan yang langsung tidak menyebelahi mane-mane pihak yang terlibat kecuali pembekal-pembekal buku teks(buku yang ntah ape2) dan juga pembekal-pembekal alatan yang berkaitan dengan PPSMI. Kalau digunakan budget sebanyak tue untuk mengukuhkan lagi pembelajaran sains dan matematik 6 tahun dulu, mesti lagi nampak keberkesanan dan penguasaan pelajar-pelajar di dalam 2 subjek yang dikatakan penting itu.(duit da hbs da..nak wat pe lagi?). Jadi lepas ni adakah pembelian buku teks baru akan digantikan? bagaimana pula dengan cikgu-cikgu EtEMs yang mungkin separuh waras di hantar kursus demi memahirkan diri untuk mengajar dalam bahasa Inggeris tue? (tunggu ulasan di berita utama yerk?)
Aku suka entri Faisal Tehrani di sini tentang PPSMI. Mane yang rasekabur dan x puas hati...ape kate cube selongkar masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar yg terlibat dengan dasar ini.
p/s: in acquiring a language, it's not the context of the language should be change and emphasize but the content and the ways it's been taught have to be looked for. Dalam kate lain, gaye pengajaran dan pembelajaran subjek English itu sendiri harus di tukar...hohoho....
p/s: *berfikir tentang buku teks English yang bleh kire brape kali di bukak mase skolah dulu*
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
bg sy, pemansuhan ini sesuatu yg sgt2 merugikan..spatutnya masih diimplementasikan sekurg2 nya utk kanak2 tahun satu ke bawah, dan diteruskan kesinambungannya dr itu.. cbe korg tgk anak org putih, lahir2 dah pndai ckp omputeh ker?? latihan dr kecik tu laa yg wt diorg bleh speaking tuu..same laa cm kite gak yg dari kecik ckp bahasa melayu..rugi2..wahai rakyat malaysia, sedarlah bahawa kerugian yg sgt besar bakal melanda..lgpun, math ngn science jer dlm BI..sejarah, PAI n so on tu dlm BM lg kan..ape daa...rugi wooo!!!!!!!
dz:
mcm yang dh diuraikan la...
English language sekadar medium instruction untuk sesuatu subjek..
Sepatutnye gov memperkasakan lagi penguasaan bahasa inggeris melalui subjek bahasa ingeris tue sendiri..bukan dengan melibatkan subject lain...kalu bi pun dah sah2 awl2 kiok..mcm mane nak excel subject math n sc since x paham bahasa pengantaraan untuk subjek2 tue...
p/s pandangan peribadi je..
rugi..blaja BI dlm BI x same ngn blaja math n science dlm BI..engineer2, para doktor, pilot2, angkasawan, saintis2 Melayu mesti nak spread their knowledge dlm BI satu hari nanti..komponen2 dlm subjek bahasa inggeris tu sniri ckup skadar nak bg budak2 tahu..literature, grammar, mcm2 r..tp, x guna jgak kalo diorg x tw nak sampaikan ilmu diorg dlm BI kalau2lah mereka diperlukan utk berbuat begitu satu hari nnti..kita masih belum semaju jepun atau russia yg dah ada tknologi sniri smpai BI pun dah x brape penting bg diorg..BI tu sniri dianggap bahasa teknologi..satu subjek x ckup nak bg bdak2 pndai BI..math n science dlm BI adlah pndekatan terbaik..harap2 dpt diubah laa keputusan tuu..at least wt utk budak2 tahun satu, pastu continue smpai bile2..x rugi kita lengkapkan anak bangsa kita ngn ilmu ni..sdikit sbyk mesti ada hati yg tergerak satu hari nnti..kenapa aku blajar dlm BI?? bagus sgt ke org putih ni?? persoalan2 mcm ni yg kita nak timbulkan..x salah kalau kita dengki dgn kemajuan org..yg penting kita belajar mcm mana mereka maju..belajar dari mereka, then majukan diri sendiri..bukan nak kata Melayu ni mundur, jauh sama sekali..kita pun rmai cendekiawan..tp ikutlah peredaran masa..dan kalau dilihat, bahasa inggeris ni masih dan akan terus kekal sbg bahasa perantaraan antarabangsa utk satu jangka masa yg lama..
buat saudara mike, bg sy ppsmi yg dimansuhkan amat baik skali sbb ia menguntungkan anak bangsa kita..bukan nk menolak revolusi pendidikan tetapi Bi tidak menjamin kemajuan sepenuhnya...buktinya, pemenang anugerah nobel yg terkini kebanyakannya drpd insan yg tidak bertutur dlm bahasa ingeris tp bahasa ibunda mereka..negara yang mencipta robot tercanggih skrg ini pn tidak mennggunakan bi dlm pengajian mereka malah hasil kajian mereka diterjemahkan dlm pelbagai bahasa termasuk bahasa inggeris...klu btol2 nk maju. wajibkan pljr bahasa jepun r...canggih r jd negara kita nati...maaf andai tersalah fakta atau tutur bicara
pandangan peribadi (tlg jgn sumbat sy dlm ISA):
aku mmg awal2 lagi mmg sokong ppsmi even orang panggil aku pengkhianat bangsa sekali pon..klu btol nk perkasakan kan bahasa melayu(bm) kenapa bahasa inggeris(bi) di gunakan di sebagai perantaraan?kenapa bila da masuk peringkat pengajian tinggi nk switch?kenapa tak stick pada bahasa melayu?Pndapat DSAI smlm yg ckp bi hanya releven di peringkat pengajian tinggi sgt la tidak patot..pada aku bila da masuk tahap ini mereka hanyalah perlu fokus kepada pengakian...bukan baru terhegeh2 nk belajar bi..what a waste..lpas tu soal pelajar pendalaman plak..pada pendapt aku..ya btol sekarang diorg susah sbb hnya cikgu sekolah je bole bntu proses pnp diorg sbb makbpak diorg(maaf klu kasar) tak sekolah n tak tahu berbahasa inggeris..
so diorg ni sebagai pelapis...bila da ada anak2 diorg ni tak perlu hadapi kepayahan mcm mne diorg da lalui..lagi satu kenapa kita tak buat mcm jepon klu btol2 nk perkasakan bahasa melayu?ye ade akan ckp..jepun negera maju..semua ikut diorg..tp adakah jepun lahir sebagai negara maju tanpa melalui zamn kemunduran?4.5 billion bukan skit..pada aku ni hnya polimek politik muhyidin yg tgh sbuk nk establish name sbgai future pm..mcm dlm berita hari ni cekdet ckp atleat kekal pada thap menengah..tu pon aku setuju..tp pada aku biarlah dari mula..sbb aku percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya..benchmark sesuatu tak bole diukur dlm masa yg singkat sbnarnya..
Dear all,
ETeMS should be seen as a steppingstone to achieve another era of advanced Malaysia.
Unfortunately, its been politicized. To make it worse, its the people themselves who fail to realize how important this language for us to achieved our goal.
At the end, sentiment has play their role in blurring their eyes.
dz:
math n science adlh terminology, while english is a language. Language need to acquire while the terminology need to be understand...
if they fail to acquire the language, how can they understand the terminology? We can improve the language among people+pupils, but not by introduce an implementation and then took it back.English is not only about the grammar n lit..there's more!
bakal guru:
betul! improvise kan lagi english language tue sndri..
deadlock:
xdenye ko nak kne sumbat di ISA hahaha...
Asrul Afendi Aderos:
bile sume bende di buat keputusan berdasarkan ahli politik bukan ahli akademik..tue la yang terjadi.
aku tnya adik aku ..dia ckp dia suka bljar math n science in english..n mak aku cite ade anak sedara ayah aku sedang gelabah puyuh bila sbject english diwajbkan utk lulus SPM...beza bdk yg belajr math n science in english dgn yg bukan...
deadlock:
well kawanku, tue menunjukkan adik ko dh acquire the language while spupu ko masih terkial2 nak lulus subject tue.....
so 2 matlamat berbeza kt situ...ak x kte bi x penting..cume set dlu matlamat tue..samada untuk acquire bi or improve the knowledge of both subject..
it can't be combine together because one of it will be left out..
jgn smpai yg di kejar tak dapat, yg di kendong berciciran.
Dear sha filan,
i am failed to see any political advantages if our present government applying this ETeMS as one of the education policy. in fact, it's an unpopular decision to make based on the political maturity and racial sentiment among Malaysians.
Based on this, I assumed that this policy had nothing to do with any political mileage or advantages. its a policy to upgrade our education system.
Consultation with expertise do exist! Ministry of Education has their on panel consist of academician from various background. Dato Hishamuddin, Tan Sri Muhyiddin or any minister alone wont be able to construct this method and turns them into reality. They do need expertise/acdemician.
Accusation of that the government didnt consult academician comes from Opposition, who clearly gain political advantage if they play this issue.
u shouldnt rely on political preferences to justify ETeMS sha filan.
yeah...kita ade pndpt berbeza utk ppsmi ni..
Post a Comment