Monday, June 22, 2009

Love N Marriage...

Lately..i've been received lots of news from my friends said that some of our seniors are getting married or even in an engagement mode ( ala 2 org dari batch aku pun dh kawin pehaha)..hahaha ak pun terfikir..cepat nye budak2 nie decide nak end kan life yg single mingle n pastue dah ready ke nak faced obstacle after mariage?...kate Farah, dunia dah berubah. hehe agaknye sebab fikiran aku yang rase ak nih still lagi kecik n hingusan...tp hakikat sebaliknye...hehehe....then, ak ad terjumpe artikel dari sini..hehehehe...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. . pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?


guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .



p/s: Jodoh..sape yg tau ngan sape kan? ahahahaha....(dok cye ak bleh buat entri pasal nie..adeh!) hahahaha

6 comments:

Mike_Delta_Hotel_33 said...

kak shaa kawen jgn lupa jmput sy keyh?? haha

sha filan said...

dz:
hahaha cpt gle mari conclusion nok kawen haha...lmbt lg daa...stdy pun x hbs lagi...skali kekgi awk dlu naik pelamin hahahaha

skunksenn zone said...

azyang egat ka kata2 ku "love is blind n intelligent oso blind too" huhuhuhuhu

sha filan said...

skunk:
nape ko x ckp je love n intelligent r blind? hahaha sje je nak wat ayat pjg2 hahah

MieZaH said...

Zyan..lau xjempot aku kawen nnti..siapla mu....hehehehe

sha filan said...

mizah: dun wori...ak mmg letok siap2 dh 22 keping kad kekgi..hahaha