Sunday, March 29, 2009

kisah semut...


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.

“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.

“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.

“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa.

“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa.

“Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.” dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan” bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula.

“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?”

“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan” terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.

“Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.

Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.

“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab Menteri Besar lemah.

“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.

“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa.

“Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.” bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

“Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.

Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita

"Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.

Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"

Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.

Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi.

Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.

(Dipetik dari fikir2 renung2)

persoalan hidup....

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

- Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

- Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.

Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

- Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

- Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

- Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

- Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

(kredit:TKO)

p/s:

aku:
  • slalu tunduk kpd benda yg 'tajam' untuk berkata2 perkara x berfaedah,
  • cube memperbaiki benda yang paling 'ringan' menjd lebih baik,
  • menyedari benda yg plg 'berat' itu sememangnye amat berat..(literally),
  • selalu tunduk dgn benda paling 'besar' huhu,
  • selalu berharap dapat kembali kepada benda paling 'jauh'
  • dan masih berasa takut untuk menghadapi bende yang paling 'dekat'
  • kerana benda yang 'jauh,ringan,berat,besar dan tajam' masih membelengu diri....
  • i'm just a weak human who DO mistakes and TRY to improve...

Saturday, March 28, 2009

hari ini....

lame x menulis...kering idea sebenarnye...x tau nk mulakan dengan ape...ape isi penting dan masih mencari2 ape yg ingin disampaikan...

hari ini adalah hari pementasan theatre Dr.Jekyll and Mr.Hyde. setelah berhempas pulas selame 3 bulan..mengharung konflik dalaman, bersengkang mate membanting keringat membuat props, mengkremkan kepale meyusun ayat untuk menaip surat (sebab dah lame x guna bahasa melayu), kehulu-kehilir mencari sponser, keluh resah mengeluh dan membebel dengan karenah director (jgn mare harvey hehehe)...akhrnye..dengan kate-kate keramat dr Aliya (as the MC 4 2day).."we're presenting...blablabla..enjoy!" ak tarik nafas lega...sgt lega...fuhhh..! separuh beban telah berlalu...dan pabila tirai pentas turun..rase sesuatu bergenang di mate tande betape gembira beban ini telah berakhir...=) (thanks to all the cooperation you guys(TESL 5B) had contributed to our production!). On the way balik, terfikir dengan kata2 sen, "setiap sem..akan ada peristiwa yang akan me'reveal'kan perangai sebenar sesorang" and bile pk2 balik...sgt betul...pahit manis maung..hanya org yang rase saje yg tau....

igtkan balik bilik terus nak me'mati'kan diri, 'badan' sgt merayu untuk direhatkan...tp 'otak' jugak berdegil untuk bertahan..so here i am...writing for the thoughts of today since wireless cap ayam x buat msalah 2@ 3 ari nie....terpikir 'kerja sekolah' yang byk belum siap..tp hati pujuk suruh letak tepi dulu..(what a habit!)..mula melayari blog2 penulis..menyelongkar ape yg ptt...rata2 penulis masih lagi berbbicare tentang PPSMI...menyokong pembantahan PPSMI...ak membace hujah2 mereka...mencari intipati@maklumat yang perlu buat ilmu di dada...xdela nanti org kate sampai x tau ape2..n kalu org bercakap..sekurang2 nye boleh berhujah atas point yang betul...singah di blog Aidil Khalid...dan sgt tertarik dgn cerpen yang di tulis beliau dalam berita harian ari nie...scroll lagi ke bwah mencari info menarik..ada satu lagi entri beliau kat sini yang membuat aku terpikir...

teringat amaran lecturer ak, Miss Eda baru-baru ni dlm kelas die...menegur kami mencampur- adukkan (code-switching) bhasa Inggeris dan melayu dalam discussion,

" if you keep switching both language in ur speaking, ur language will be nowhere...not fluence in english yet keep losing the mother tongue, you will be no good in both language because you in the middle of both language! if you want the truth bout' what i'm saying, wait for ur practikum."

ak terdiam....sgt mendalam n betul ape yang di cakap...x tgk ke ayat bm ak terabur..ayat bi ak pun ala-ala lintang pukang, ak in the middle of struggling with the second language right now..my fluency boleh kate 'cukup makan la...' n really struggling with it...

so, when i go through all the blogs...i must say that i agreed with them...(the writers on the PPSMI)..their opinions are really strong on what will happen to the students with the teaching using english for science and mathematics. huhuh though...one of my fren really support the PPSMI...huh...

"Kita tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris, malah kita menggesa supaya pengajaran bahasa Inggeris dipertingkatkan. Yang kita bantah adalah meletakkan subjek tersebut bukan pada tempatnya, yakni pada subjek sains dan matematik. Itu bukan tempatnya. Kita harus berlaku adil, dan adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita kembalikan bahasa Inggeris pada tempatnya yang sah, dan kita letak bahasa Melayu pada tempatnya yang sah juga".
(kredit: Aidil Khalid)



p/s: open your eyes and read with your heart...=(
(this is not 'bout politics..tp pasal kedudukan bahasa melayu dan persepsi terhadap PPSMI)

Thursday, March 19, 2009

al-fatihah...

al-fatihah...
buat ayah kepada saudara Ammar Osman
(seorang senior+kawan)
semoga roh ayahanda tercinta dicucuri rahmat Allah..
dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...
amin....




p/s: be strong Ammar...

home....


masa : 4.00pm
tempat : stesen bus btg berjuntai..

text msg to mami:

aku: mami, tolong beli tiket bas nak balik KL, 22 aribulan pagi,
utama xpress
mami: bakpe balik jugok? kan org kate dh xyah balik...biar
burn je tiket 2..sape nok hntr stsen bas ari ahad kekgi?
aku: k-roll nok ato..die kate die xmboh g klate ato azrie...
mami: die kabo ke mami die nok gi
aku: org tnye dh die maren, die kabo xmboh gi
mami: die kbo pagi td die nok gi

(menarik nafas yg x pasti...huhu)

text msg to k-roll:

aku: kero...awk nok g dok ikut mami gi klate kekgi ato azri?
(no reply for 5 minutes)
aku: kero...awk nok g dok ikut mami gi klate kekgi ato azri?(2nd msg)
k-roll: sori lmbt...tdo td (on da way g Penang)..xmboh g la..nak duk rumah je jge azeem
aku: bakpe mami kbo awk jd gi?
k-roll: dok jd2 pun...ari ahad tue bleh la ato awk kt stsen bas

text msg back 2 mami:

aku: kero kabo die xmboh g klate..n org nok balik jgk nie, die nok ato ari ahad 2..kalu xmboh beli tiket tue xpela..(rase macam bergenang sesuatu je kt mate)

text msg to abah:

aku: abah, org jadi balik mlm nie...bas kul1030

10 minutes kemudian,
ringtone the fray bunyi: mami calling....

aku: heloo...(dgn nada yg mmg dh surrender nok kene bleber)
abah: helo...ad mane dh 2? (abah rupenye)
aku: dalam bas nok g ktm...
abah: bas mlm nie kul brapi?
aku: kul 10.30pm
abah: ok....jage diri molek...
aku: ok....(dan trse pp dh bsah sbb terharu...)


45 minutes kemudian
ringtone the fray bunyi lagi: azmir calling

aku: helo...
azmir: helo...jd balik dok nie?
aku: jd la...dlm ktm dh..mami blebe teruk ke?
azmir:bleh tahan la...tp org lari dlu...hehe
aku: dh ok la...jupe kt rumah.


1030 mlm..
dlm bas...
still terigt psn abah td..
always backing me up..
mate rase panas...pp dh pun bsh...huhuh
(benci betul emo yg ptt nie.!)

I'm going home
Back to the place where I belong
And where your love has always been enough for me
I'm not running from
No, I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me
But these places and these faces are getting old
So I'm going home



p/s: i really hate this part huhuhu
: for the first time been scolded for going home...huhuhu
this is wat happen when i 'melatah'....huhuh

Tuesday, March 17, 2009

faith....


pernah terpikir tak things happen for reasons? aka ade hikmah disebaliknye la...hehe..mesti la kene percye kan? cume lmbt atau cepat je nak dpt realise the hikmah around what happen. Aku terpikir sgt mende nieh mase dapat tau result SPM k-roll. i think the whole family put a little hope in him because he seems the one who shows some gud improvement in studies compare to me of coz. i also believe that he's going to make it, being abroad (nak jgak! haha) maybe with the flying colours result but Allah itu lebih mengetahui...he score 4A1(Math,english, Bm and PAi). before this, he's a little bit confuse in what course should he futher his studies. the choice always change according to time and suggestion from other people hahaha kalu ikut abah ak sume bende die suggest, chef la, sport la...tue la..ni la..last skali mcm ak la end up amik tesl...haha k-roll ade gak la ura nak amik tesl..sbb die kate senang..x sakit pale (ko belum tau dik...hehe). So bile result die kuar, dh terang2 tunjuk suruh amik coz ape..(tesl la kan dh dpt A bi haha), sbb tue la ak ckp mcm takdir tuhan keluarkan result mcm tue supaye terang2 dh tau nak amik coz ape...xyah nak pening2 pk pasal nde lain. tp of cuz Tuhan tue x tunjuk straight to the point hikmah die...the meaning must be underlying from what had happen....tp dlm hal nie maybe tuela the meaning behind the result...hehehe


to k-roll: good job in SPM'08, just look forward for what waits for you in the future... =)

p/s: who knows..i'm just giving my opinion...hehehe

PPSMI.....

tau ke ape bende tu? tau? tue adalah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dalam bahase Inggeris...pergh...pjg tue..isu nie pling tip top la dlm education field skrg..so as a future educator wannabe (cewaaahhhh!) specifically in english language, ak terpanggil jugk la utk give my own thought to whom that want to read.

in every discussion in TESL class, kitaorg slalu je buat presentation psl factors that influence speaking among speakers and point yg slalu kluar is on how rural students have problems with the speaking ability due to lack of exposure and environment around them. So bile isu ni arise..ak mcm terpk...what happen?? diorg yg buat keputusan nie utk kepentigan sape sebenarnye? huhuhu

kalu nak ikutkan rural students nie...english diorg pun entah ape2...ad sorg member yg dlm practikel kt sebuah skolah at rural area cerita yg student kelas die x tau pun what is BEAUTIFUL!! hoho..agknye mcm mane teacher nak xplain tue...tue br simple english...then mcm mane plak bdk2 nie nak paham science and math dlm bhse yg bleh kte asing la..huhuh...if the students don't require the medium of instruction of the subject..then how they gonna get the knowledge from it? kalu bdk duk kt bndar yg ckp english berabuk tue xde kisah lah...ak sdri pun terkokkak2(gagap) lagi nak ckp bi...bak kt not fully fluent la...so pk plak...mcm mane cikgu2 yg ajar math n science tue deliver the knowledge since english is not their main stream?

well....a simple thinking will take a lot of differences..
and that simple thinking may destroy one's future and life, who knows..!


satu interview dengan Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan said
Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami. Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah.

tokoh2 Islam dlu yg terkenal dlm bidang masing2 pun tulis kitab dalam bhse arab jgk....bleh je diorg jd tokoh terknal..napela nak susahkan bdk2 nak p
ahamkan bende yg dh susah 2 dengan menambah lagi kesusahan yg ade..haila...pening2..nak lagi bukti? bace kat sini..



(kredit photo: faisal tehrani blog)

p/s sape la suke kene sembur ngan gas pemedih mate..igt best ke?

gadget hunt...

sabtu lepas ak ngan sen mcm bese kuar g KL...hehe lepas tension..(konon!) tp kitorag nk buat gadget hunt...specifically ak la...bukan nak beli...nak g menghantar repair gadget2 yang rosak ke tempat yang sepatut nye! huh! boring sungguh tugas mcam nie...nak buat camne..lately nih le harte bende yg nak kene beki.....

:SE w580i:
:aku
punye:
:injured: xleh nak on 4ever!:
:msk bengkel sonyE centre,sg.wang:

:sony mp3 NWZ:
:azm
ir punye:
:injured: xleh on jgk!!:
:msk bengkel sony c
entre,mid valley:


:sony psp black music version:
:azrie pu
nye:
:injured: batt not lasting even fully charged:
:msk bengkel kedai konsol sg.wang:


ak dh pun berjaya hntr sume bende kt kedai yg bleh baiki gadget2 tue..bleh byg le cmne hectic nyer ari sabtu tue dr mid valley g sg.wang plak..relief jgk la rase walaupun byk je rasenye kertas-kertas yg bernilai dlm poket akan terbang...huhuh....so fed up when the technology do not cooperate with human being..hohoho...arap2 ada positive fedback dari sume kedai2 tue hahaha

k-roll punye enset pun out! huh! seb baik yg 2 warranty ad lagi.....

:SE K850i:
:k-roll punye:
:injured: no light on screen:
:still under warranty msk kilang mane ntah:




p/s: Sony centre dh sms said that the mp3 is ready to be collected.( thanked God!..)
: pasan x sume bende ak yg rosak...sume brand sony? hohoho
: thanks to senah sebab sanggup join ak dlm hunt yg hectic nie....hehehe (ti ak blanje ko..haha)

westlife...

(first line-up with bryan)

hmm...kalu ak mention pasal boyband nih mesti ramai org yang jueh mulut...x best sgt ke? huhuh korang tau ke ape kaitan band nie ngan idop ak smpai ak obses tahap petale ke 8? huhu...if there is no westlife...maybe part of me is not here...i start to know this band when i was in standrd 5...nih kire first band ever yg seriouly ak minat...kire ak ikut diorg dari first diorg been built up...so kire mase tue mmg gile2 punye minat la...sanggup nak gi concert n stuff..posters n album toksah ckp la kan? penuh satu almari..haha (but i've just lost a bunch of my posters at home!!!! sigh..!) tiap2 taun duk aruk abah ak nak g concert diorang..as usual..mesti abah ak cakap score 5A (mase 2 UPSR tyme le..) dlm trial..pas2 g la nok g pun..hoho wat an understanding abah...the problem was..ak x pernah pun dpt score 5A! haha my bad..ended up with 4A je...boring sungguh....

mase skolah rendah aku pun buatla geng mcm westlife jugak...5 org kawan (thanks to Zura, Wanie, Natasya and Zurairah sbb layan kpale gile ak mase tue...) included me of cuz..menggelarkan diri( x sdr diri nieh) Eastlife....(siot jerk! haha)..bygkan kitaorg pernah perform 2 lagu westlife dlm 2 function which ak xtau sore mcm tue mmg mcm katak panggil ujan kut..hahaha lagu swear it again(teacher's day) and season in the sun (farewell party mse jah 6)..lepas je hbs skolah rendah..sume tue pun terkubur...kontek diorg pun jarang...but i still appriciate you guys very much if u read this..hehe

masuk skolah menengah...lagi gile jdnye sbb mase tue westlife tgh hot! hm..pernah mase form 1 haha aku ngan fatin amirah buat debate who's better between westlife and shah rukh khan (die pun fanatik gile ngan SRK 2) smpai partner desk ak, Zira ckp "bakpela bodo sgt gi baloh pasal org kapir 2" hahaha...teruk oke? sume org mmg tau la psal ak gile ngan westlife...

baru2 nie...br dpt keep in touch balik ngan Wanie..die kate die dlu mmg aspired gle ngan cite2 ak konan nak g Ireland nak jupe westlife...(betol la ape ko komen 2 senah..ak mmg nak g Ireland jumpe Westlife pun..) i was like...serius!!!...huhuhu x cye la plak smpai mcm 2...die kate die mase mtrk still hope nak bleh fly g sane...hope ak plak destroyed of coz la lepas spm...dh sah2 xleh score spm..mane nak amik medix g ireland...n it's not easy... =(

ape WESTLIFE dh buat dlm idop ak:
  1. ak xkan kenal internat mase drjh 5...sbb diorg ak br explore email,web browser,chat and stuff
  2. their songs really help me in my English...i'm not born with fluently spoken that language but...the songs really help me in my writing...
  3. give me some inspiration to dream about something that i've never have thought bout it...
  4. make me world more wide open..
  5. i have penpals from Germany and Indonesia just because we share the same interest on westlife and still writing to each other after 10 years of time..
  6. change mylife inside out
  7. byk la...which i cannot explain in general..
so..xyah la nak comparekan westlife dgn n*sync ke..bsb ke..since they've got their own talent and fans...yes they don't dance well but that dosen't make them a bad singer...they still stood as a band and don't split like blue,5ive or n*sync...they already in their own level and phase..just enjoy their music and you will know about it..=)

(recent line-up after 10 years )







p/s: i have no regret becaming their die-hard-fan..haha =) forever!

fitness food...

sape ckp blog nak share feeling je? boring le..share info plak ar kan? hehe...

Fitness food for women:

  1. avocado (mane nak dpt ek? mesti mhl..=))
  2. whole grain
  3. bananas (kedai byk nie..)
  4. berries
  5. carrots (mcm rabbit x kalu duk kunyah nie je? hehe..)
  6. whole grain cereal
  7. chicken thighs
  8. chocolate milk
  9. low fat cottage cheese (ad ke kt local store? haha)
  10. cranberries
  11. eggs (fave ak!!) haha...
  12. ground flaxseed (kebende nieh?)
  13. oranges!! (top 1 best fruit ever!)
  14. peanuts
  15. potatoes (top two choice!)
  16. salmon (mhalnye...)huhu

p/s: bukan murah nak jage kesihatan...then why u need to distroy it in the first place? huh

Sunday, March 15, 2009

Beck....#1



"a good bass is a core of a band"



"full moon sways
gentle in the night on one fine day
what a fool
i don't know 'bout tomorrow
what is like to be..
i was fool
couldn't let myself to go
even though i fell...
the end..."

"large clips in the motion
trying to keep blaming on
as i say reason i'm late on
find ur turning,laughing and smiling...

singing love, my sister,
in this world which everyone is lonely
and everything will be fine...someday
some other day

burning over sometimes...
feeling like you leave me behind
now you don't have to know it
find your shining...
everyday by day..."

"sorrow is what i hate
but it's grown my sensations
regrets taught me how to
make any hard decision
peace is always by my side
but i've never felt it once
love is not the word only for the sweet romance
well i'm scared,scared,scared,scared
to keep on going my way
well i'm scared,scared,scared,scared
and i tell myself i'm SPECIAL till the end..."


p/s : to be continued...=)




Wednesday, March 4, 2009

denial...


ari nie meilin wak statement yang aku hidup dalam denial...am i? am i? i guess i am!! huh! dlu2 ak dgn yakin nye ckp yg ak dh over on something..tp it's still not end! and i thought a confession is the best..but still nothing happen! ape bleh buat...dh sah2 nak forget something..of coz la kite kene deny yang kite x suke mende 2 so xde la mende tuh mari je lepak around us rite? do keeping a distance is a good thing to do? tp..still it's eatin' and killin' me inside! rase macam nok suke kuat2 je! 2 je yg termampu...huhuh susah jugak idup dlm penafian nie...(dh kuar word dr kamus dewan)...huhu letih,benci,exhausted,sume nd negative la...ak rase denial nie same gak ngan hipokrit kut...kite hipokrit on something 2 protect something, kite hidup dlm denial just to make sure we can show to people that we're strong enough...but deep down inside..hanye kite je yg tau whether kite nih dah over on something or not...why it's so hard? i'm still dealing with my past..i'm living with the past and the present..and if i continue with both of it together...i will still fighting hard for my future....very hard!

idea...



hola...
ekeke...idea!! ak nak idea..ak nak menulis..ak nak cite ape jd..tp isi x berkembang! adoi...kate sen dgn berlagk nye "ak je yg bleh tulis blog!" prasan betol! hahaha...mcm stuck tau!..mule2 bukan main semagat ak nak tulis...tetibe sume words tue lari@ terbang ntah mane pergi!!! dlm drft ak byk je yg ak save...half written.. argh...geram betoll...!! naik main aci cak ngan ak ker?...huhuh...then..i come to realise..it's not easy to write..haha dat's why i really admirer novelist,script writer and stuff yg seangkatan dgn die..haha mesti diorg punye passion utk menulis and berkongsi rase dgn dunia tue tinggi kan? haha....




p/s i think i don't creative at all! =(